Saturday 16 April 2011

Memoir Cinta Pertama

saat aku mengenalimu
aku benci pada egomu
aku benci pada sikapmu
aku benci segala-galanya tentang dirimu

namun begitu
entah mengapa
perasaan benci itu
telah menukarku menjadi seorang perindu
aku rindukan suaramu
aku rindukan gelak tawamu

aku tidak tahu
mengapa aku harus jadi seorang perindu...?
mengapa ini semua harus berlaku...?
adakah aku telah jatuh cinta...?

ah...!
mengapa perasaan ini 
harus hadir dalam diriku...?
inikah yang dikatakan cinta pertama...?
cinta seorang insan 
yang belum pernah kenal erti cinta
pada seorang insan yang bernama lelaki

disaat satu hubungan mula terjalin
bahagia mula menyelubungi
kurasakan seperti menyayangi dan
ingin disayangi

mengapa disaat bahagia mula mendatang,
muncul pelbagai dugaan...?
dugaan sebagai seorang anak, seorang pencinta
mengapa disaat aku mula mencintai seorang insan,
hatiku dilukai dengan kata-kata yang menghiris kalbu...?
mengapa disaat aku ingin berbahagia,
diriku disisihkan...
adakah ini semua salahku...?
dugaan apakah in Tuhanku...?

mengapa disaat hatiku dibuka,
untuk seorang insan bernama lelaki,
kesetiaanku diragui...?
mengapa aku dikecewakan,
dengan sebuah perhubungan yang tidak kesampaian...?
mengapa sebuah perpisahan yang kau minta,
disaat aku rela berkorban keranamu...?
Sayang...

wahai sayangku...!
andai itu pintamu
andai itu dapat membahagiakanmu
aku rela melepaskanmu
tapi ingatlah sayangku
aku akan sentiasa menyayangimu
merinduimu dan mencintaimu
biarpun berpisah
biarpun kita berjauhan
ingatlah
dirimu tetap dihatiku...

No comments:

Post a Comment