Saturday, 16 April 2011

Realiti Sebuah Kehidupan

singkat sungguh kehidupan ini
singkat bagi aku
aku terpaksa mengharunginya
hidup pernah bahagia
tetapi sentiasa terseksa
memikul beban
membawa cinta
mengharungi duka
semua sudah ku lalui
tiada satu pun yang ketinggalan
aku manusia seperti mereka
ada perasaan
tapi tak perasan
selalu ketawa tapi jarang kecewa
itu hanyalah seketika
itu bukan diriku
aku kenal diriku
tiada siapa tahu diriku siapa
hidup ini selalu ada
kebaikan dan keburukan
keperitan hidup perlu dilalui
itu hamba yang disayangi Allah

kadang-kadang cinta, bahagia
kadang-kadang cinta,
sukar untuk diri menerima
kadang-kadang cinta,
memberi kesedaran
kadang-kadang cinta,
membuatkan hati benar-benar terluka
kadang-kadang cinta,
membuat kita terfikir
adakah cinta seperti ini..?
cinta yang ku inginkan

cinta mainan
boleh bermain
cinta monyet
boleh bergayut
cinta sejati
boleh bawa mati
tanya pada diri cinta seperti mana
yang aku inginkan

wahai temanku..!
ingatlah cinta sejati lahir
dari perasaan yang penuh dengan
kerelaan, keikhlasan
dan jiwa yang inginkan kesucian cinta
tidak mudah untuk mendapatkan cinta
tapi mudah untuk mendapatkan
PERKATAAN CINTA...

No comments:

Post a Comment